Thursday 28 June 2012

Esya Demam

Salam Semua...

Hari Isnin hari tu... masa aku balik keje.. aku nampak jiran aku a.k.a pengasuh anak aku ni ada kat taman permainan perumahan kami tu bersama ngan sorang lagi jiran kami... pengasuh anak aku ni mmg suka bawak anak2 aku jalan2 time petang2... dan aku sendiri pun mmg tak kisah sgtla sbb kalau nak harapkan aku yang bawakan anak2 aku tu.. mmg amat jarang sangatla kan.. sbbnya aku takde masa dan tak sempat.. balik2 keje je aku dah terkejar2 nak masak plak... tapi kalau sesekali tu.. bolehla kan.. 

Jadi petang tu.. masa pengasuh hantar anak2 aku tu.. dia ada cakap yang esya ada demam.. bila aku sentuh dahinya.. mmg betul la esya demam... hidung pun aku tgk ada berair sikit.. lepas bgtau hubby.. hubby kata takyah masaklah sbb lepas maghrib nak bawa pergi klinik terus... klinik ni plak mmg nak kena pergi awal sikit... kalau lambat je.. mmg jenuhla nak tunggu giliran kita nanti sbb klinik yang aku nak pegi ni mmg selalu ramai patientnya.. Doktornya mmg bagus dan aku pun mmg suka bawak anak2 aku ke klinik ni...

Lepas maghrib tu.. dlm kol 7.45 mlm.. terus kami pergi ke klinik tu.. sampai2 je... mujur tak ramai lagi patient.... itupun kami adalah patient yg keempat... aku tak terus keluar... cuma tunggu dalam keta je dulu.. lagipun masa tu aku tgh susukan esya... hubby je yg kuar daftar semua tu... lama gaklah aku susukan esya sampai tertidur plak dia... badannya jgn ckpla.. mmg panas sgt2... 

Dlm 15 minit lepas tu.. esya bangun... aku terus kuar... masuk2 dlm klinik tu dan terus duduk kat kerusi yang disediakan... esya plak mgkin tak berapa sedap badannya.. sekejap2 dia nak kat aku.. kejap2 pastu nak kat abah dia plak... hish termanja plak dia iye... takpe... kami layan je la... yang si kakak plak... aku tak tahu nak ckp apa... lasak betul... berlari kat dalam tu... nak marah pun ada.. tp sabar je la...

masa ni tgh menunggu giliran lagi.. mmg lama betul sorang2 patient yang masuk... disebabkan servis dia ok... so aku sabar je menunggu... tgklah si esya tu... sedihkan wajahnya... ni second time tau dia demam..

ni plak bilik doktor tu.. Dr. Alfred Etienne Anthony..

akhirnya giliran kami dipanggil gak.. masuk2 dalam tu.. kena tunggu sekali lagi.. sbb doctor tu belum habis lagi dengan patientnya ni.. pasangan ni pun bawa anak kecik jugak... dari perbualan yang aku dengar.. anak diorg ni ada terkena allergik disebabkan pemakanan... badan ada naik kemerah-merahan camtu la...

tak lama sgt kami tunggu dalam tu... lepas je pasangan tu keluar... giliran kami plak.. takdela lama sgt dia handle kami ni sbb aku ckp anak aku ni baru je demam petang tadi... muntah, batuk, selsema ke apa belum ada tanda apa2 lagi... pastu doktor terus check apa yang patut dan dia terangkanlah dia akan bagi ubat apa pada anak kami tu.. then siap!!.. mmg sekejap sgtla... hehe...

Lepas ambik ubat tu.. kami terus balik... malam tu aku tak tido lena sgt.. risau sbb badan dia mmg panas sgt... dia pun sekejap2 merenget-renget... mgkin tak selesa kot... aku bagi ubat pun.. dia muntahkan balik... lagila aku risau... camna nak baik kalau ubat pun dia muntahkan kan...

Besoknya iaitu semalam aku emergency leave sbb demamnya belum elok lagi.. badan plak still panas lagi.. aku tak sampai hati nak hantar dia ke pengasuhnya.. aku rasa eloklah aku sendiri yang menjaganya... dan alhamdulillah bila petang tu.. badan dia dah beransur sejuk.. dia pun dah mula nak main2... syukur sgt2...

Dan hari ni.. aku masuk keje seperti biasa.. tp aku dah pesan siap2 kat pengasuhnya.. kalau dia still demam balik... jgn lupa bgtau aku terus... risau tu tetap ada.. iyela.. dia kan masih kecik lagi... skrg ni kalau demam ke apa... jgnla dipandang ringan... mcm2 telah berlaku skrg ni.. betul tak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS