Monday 15 October 2012

Aktiviti Weekend Kami

Salam Semua...

Mula2.. aku nak ucapkan tahniahla pada pasukan kesayangan aku THE RED WARRIORS kerana berjaya menempah tiket ke final... mmg puas hati tgk persembahan diorg hari Jumaat mlm tu... walaupun di separuh masa pertama kedua2 pasukan tidak dapat menjaringkan gol... tp aku yakin.. pasukan kesayangan aku ni pasti akan membuat kejutan pada separuh masa kedua nanti... dan mmg terbuktilah pasukan kesayangan aku ni tidak menghampakan peminatnya dengan menghadiahkan 2 gol pada mlm tersebut.. syabas diucapkan sekali lagi...

Oklah keputusan siapa ke final sudah diketahui.. so tunggu je la 20hb ni.. dimana pasukan kesayangan aku ni akan bertemu dengan ATM plak untuk merebut Piala Malaysia 2012... so tak sabar rasanya nak menunggu aksi seterusnya... hehehe...

Oklah lupakan dulu pasal bola seketika... kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti kami semalam... sebenarnya takde apa pun yang special... sama cam hujung2 minggu yang lain iaitu layan karenah anak2 selain kena buat keje2 umah... cuma kalau dulu hari sabtu dan ahad... hubby aku selalu kena keje.. tp sejak dia bekerja di tempat baru... hari ahad adalah hari cuti dia... mmg aku suka sgt2.. sbb apa? sbb bolehla aku ajak dia jalan kemana2 yg aku suka.. hehehe.... laki aku mmg dah tak heran dah.. dia pun mmg dah dpt teka naper aku senyum bila dia ckp yg dia akan cuti setiap hari ahad.... tima kasih iye bang.... hehehe...

Memandangkan Hari Ahad adalah hari cuti hubby... seboleh2nya hari Sabtu tu aku akan cuba bereskan juga keje2 umah. So bila hari Ahad tu.. takdelah byk sgt keje yang perlu aku buat... just kemas sikit2 je.. then tghari aku akan masak.. pastu ktorg anak beranak bolehlah melepak depan tv sama2...

Cam semalam cuaca di Mantin mendung je.. Lepas je makan tghari aku cuba ajak hubby utk kuar bawak anak2 jalan2... memandangkan cuaca mendung so aku cadangkan kami kuar awal sikit.... mujurlah hubby aku setuju...

Takdelah jauh pun langkah kami ni.. sekadar ke Padang Majlis Perbandaran Nilai sahaja... kat situ mmg amat sesuailah untuk aktiviti riadah bersama keluarga.. tpt ni mmg selalu jugaklah kami pergi time hujung2 minggu...



inilah antara pemandangan kat sana.. oklah kan... 

Semalam aku rasa adalah hari yg paling ramai org kat situ.. selalunya takdelah ramai sgt.. mgkin sbb cuaca tak panas.. redup je.. so ramailah yang ambik peluang keluar bawa family masing2.. 

Aku plak kalau datang kat sini.. mmg aku suruh anak aku bawak bola siap2.. sbb kalau tak bwk kang.. mulalah dia ngamuk nak mainan yang lain.. dahla kat situ mmg ramai yg dok jual mcm2 mainan... so pandai2la iye nak elak camna.. hehehe.. cuma semalam aku dah pesan kat hubby aku bawak jugak sekali basikal dia.. ntah camna.. boleh jugak tertinggal basikal tu... takpela janji bola ada.. sekurangnya dia boleh main ngan bola tu.. lagipun kat situ ada jugak disediakan playground..

kakak tgh mkn burger lepas penat main bola ngan abah dia... masa ni dia mmg dah tak keruan dah sbb kat depan kami duduk ni ada motor mainan yang kena byr RM5 utk 10 minit... tp kami pujuk gak habiskan dulu burger tu.. baru leh main..

wajah gembira sbb dapat tunggang motor... 

inilah antara aksi kakak bila dah dapat naik motor tu... layan je la..







masa ni aku tak tahu apa yg dikomplenkan kat abah dia tu...

dah puas mengadu.. dia sambung main lagi... bestnya jadi anak2 zaman sekarang ni kan.. kita dulu2 mana ada camni.. betul tak?

Si Esya plak mmg dok pandang je kakak dia main motor tu... tunggula dia besar sikit... mahunya diorg ni berebut nak main... 



muka happy tgk kakaknya main.. sabar iye esya.. dah boleh jalan nanti... ibu kasi esya main sama2 ngan kakak iye...

Ngam2 10 minit kakak main motor tu.. jam dah tunjuk hampir kol 7 mlam.. so kami pun slow2 la beransur pulang.. walaupun kakak cam tak puas main lagi.. bila dipujuk elok2... mujurlah dia nak dengar kata kami tu... takpela kakak.. lain kali kita datang lagi.. kalau cuaca mendung cam semalam.. lain kali kita kuar lagi awal dari hari ni ek... lebih kurang camtula cara aku pujuk dia semalam... hehehe...

Ok itu je la aktiviti kami hari Ahad lepas... biasa2 je kan... takpela.. janji anak2 gembira.. betul tak?

Friday 12 October 2012

Adik Adam Syukri

Salam Semua...

Aku terdetik untuk berkongsi sedikit kisah Adik Adam Syukri...

ini adalah adik Adam beberapa bulan yang lalu...


dan gambar2 di atas ini plak adalah gambar adik Adam yang terkini..

Semua foto2 tu adalah diambil dari page Adik Adam di: http://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694

Kamu semua jugak boleh lihat Video Adik Adam di MHI 10/10/2012

First time aku tgk video tu.. mmg bergenang air mata ni... mmg amat tabah sekali ibunya.. kalau aku... aku tak tahulah adakah aku setabah dia atau tak... harap2 keluarga adik Adam kuat dan tabah hendaknya.. dan aku harap juga adik Adam cepat2la sembuh.. Amin...

okla.. mungkin masih ada lagi yang tak mengetahui kisah adik Adam ni.. di sini aku copy and paste je la kisahnya iye..

"AHMAD ADAM SYUKRI lahir secara vacum pada 4/32012, sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.

SCAN MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yg amat teruk...Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur utk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured , begitu juga telinga sebelah kanan yg tidap dpt mendengar kerana kerosakan pd bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan Adam akn terlantar SEUMUR HIDUP dan peluang utk berjalan dan hidup spt kanak2 normal memeng amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak"

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul. Sekiranya sesiapa yang ingin menderma bolehlah berikan sumbangan anda ke akaun CIMB @ Maybank mama adik Adam seperti tertera dibawah:

NORAISAH BINTI MOHAMAD MALENA
CIMB ACC: 02040007292201
MAYBANK ACC: 161136331818

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan itu dapat meringankan sikit bebanan keluarga anak kecil ini... jika tidak mampu sekalipun.. berilah sokongan morak kepada mereka.. at least mereka tidaklah merasa sendirian dalam menghadapi dugaan tersebut..

Last sekali.. marilah kita sama2 berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan adik Adam dan semoga ada keajaiban yang berlaku dari Allah S.W.T.... amin..

ATM ke Final

Salam Semua...

Sapa tgk bola mlm tadi?... ATM vs LionsXII... tentu korang berdebar kan tgk aksi perlawanan tu.... 

Walaupun ATM bukanlah pasukan kegilaan aku.. tp disbbkan dia adalah pasukan dari Malaysia dan LionsXII adalah dari Singapore... sah2la aku sokong ATM mlm tadi... 

antara aksi mlm tadi...

Perlawanan mlm tadi bagi aku mmg sungguh dramatik dan mmg2 menarik sesangat... sbb apa... kedua2 pasukan masing2 terikat 1-1 dimana LionXII  berjaya menjaringkan goal pada minit yg ke 27... namun masuk separuh masa yang kedua tu.. mmg nmpkla kesungguhan pasukan ATM memburu goal penyamaan... tp sayang byk percubaan yang mereka buat tak berkesudahan yang baik.. aku yang menengok pun naik geram... ada je tak kena.. terkena tiang la.. tentinggi la... hinggakan aku ckp kat hubby.. ada penunggu kot kat pintu gawang diorg ni... hehehe... mana taknya kan.. kalau betulla bola tu nak masuk.. aku rasa ada dah dlm 4 jaringan yang boleh ATM lakukan... betul tak? 

Part yang paling best aku suka kat perlawanan mlm tadi bila ATM berjaya menyamakan kedudukan.. kami laki bini bersorak gembira sgt2... akhirnya pada minit 96 gawang LionXII dibolosi jugak... siapa sangka kan.. di saat kecederaan tu... dan di saat pengadil dok tgk jam mahu menamatkan perlawanan dan di saat para pemain dan penyokong LionsXII ingin meraikan kemenangan mereka... Pasukan ATM membuat kejutan di situ... inilah bola.. apa2 pun boleh berlaku..... Tahniah ATM!!!! 

Lega sekejap di situ... tp debaran aku tak hilang lagi... masuk masa tambahan 30 minit.. kedua2 pasukan masing2 gagal mencari goal kemenangan.. akhirnya permainan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.... walaupun time sepakan penalti tu pun ada debaran sikit... tuah tetap menyebelahi ATM dengan keputusan sepakan penalti ATM: 5... LionsXII: 4.  

Dengan keputusan tersebut.. maka layaklah ATM ke final.... habis je bola... ktorg terus tutup tv.. ATM dah menang... lega sgt2... so bolehla tido dengan lena... hehehe...

Mlm ni plak aksi perlawanan antara pasukan kegilaan aku... tak lain tak bukan.. THE RED WARRIORS bertemu Selangor... harap2 perlawanan mlm ni takdela sedramatik cam perlawanan mlm tadi... huhuhu.. tak sanggup tau menunggu keputusan camtu...

oklah.. buat peminat the Red Warriors.. semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh korang mmg terbaiklah... aku bangga tau... tapi satu je nak pesan... korang jgnlah buat hal lagi ek... malu tau... be professional la... kita kan org kelate..... penuh dengan adab sopan... betul tak? hehehe...

Akhir sekali... GO GO RED WARRIORS!!!!

Thursday 11 October 2012

Percutian Ke Langkawi

Salam Semua..

Cak!!!! Aku kembali bersiaran.. hahaha… poyoo je bunyi… lantakla.. blog aku.. suka hati aku la kan.. hehehe..

Pagi tadi aku dok fikir2 apa ek aku nak citer kat blog hari ni.. fikir punya fikir… hmmmm… apa kata aku citer pasal percutian aku ke langkawi pada 25 – 27hb September baru2 ni..  nak tak? Ke ada yang tak nak baca… tak kisahlah.. nak tak nak.. suka hati kamu la iye.. sbb ni blog aku.. segala apa yang aku tulis dan aku letak dalam ni adalah untuk kenang kenangan aku juga nanti.. hehehe..

Okla.. sebenarnya percutian  ke Langkawi ni bukanlah dirancang pada awalnya… awal tahun dalam bulan bulan 2 kalau tak silap aku… Air Asia ada buat promosi tiket murah ke beberapa destinasi… so aku saje je gatal2 tgn dok tgk2 website air asia tu… last2 sekali terberkenan dengan tiket murah air asia ke langkawi.. apa lagi tang2 tu jugak aku terus call hubby mintak permission dia nak beli tiket tu.. hahaha… bertuah punya bini… hubby mmgla pada awal dia tak nak la kan.. iyela.. takde angin takde ribut.. tetiba je call “hello abg,, ayg tgk air asia ada tiket murah ni.. ke langkawi.. beli ek.. cepatla bg keputusan kang nanti dah habis…” hahaha.. lebih kurang camtu la ayat aku… camna tak tension hubby aku tu… pujuk punya pujuk… last2 dia malas nak layan aku kot.. so dia benarkanlah aku beli tiket tu…

Harga tiket asal adalah RM3.00 je untuk seorang…… tp bila dah tambah ngan charge2 yang lain seperti airport tax, Fuel Surcharge, insurance, luggage dan pilih tempat duduk.. last2 tiket tu berharga RM338 pergi balik utk 2 dewasa, seorang kanak2 dan seorang baby.. kira2 seorang lebih kurang dlm RM40 jugak la kan. Kecuali baby.. tambang adalah fix.. dah tak boleh kurang.. iaitu RM50.00 sehala.. hmmm masih reasonable lagi la kan..

So pada 25hb tu berangkat la kami sekeluarga ke bumi Langkawi… flight adalah pukul 7.30 pagi.. maka kol 4.30 pagi ktorg dah bangun.. siap apa2 yang patut… kol 5.30 pagi ktorg kuar umah.. jiran sebelah yg htrkan kami ke LCCT. Takdelah jauh pun dari umah aku tu.. dalam 30 minit dah boleh sampai… Kol 6 lebih2 ktorg dah tercongok kat LCCT... lepas settle apa yg patut... kami breakfast dulu kat McD... lepas siap mkn... ktorg terus ke balai pelepasan... dan tepat kol 7.30 pagi.. flight berlepas ke langkawi... 

kakak adalah org yang paling happy sekali... sampai jugak hasrat dia nak naik flight... letak dia kat tepi tingkap... senang utk dia tgk pemandangan dari atas... hehehe..

Bagi aku plak.. ini adalah kali ke 3 aku naik flight.. excited tu takdela sgt... tp berdebar tetap ada... mcm2 aku fikir... hahaha.. takut tau... kot2la apa2 terjadi... 

Walaupun perjalanan ambik masa dalam 45 minit.. tp aku rasa cam sekejap je... mgkin sbb aku leka dok melayan kakak.. mcm2 ditanyanya... yg sikecik plak mmg dah start melasak... ada je yang menarik perhatian dia... so berpass2 la kami laki bini kat dlm tu... aku tak kisah.. janji jgn dia nangis sudah.... 

dekat2 nak sampai.. baru terfikir nak ambik gambar... so ini je la yg sempat aku ambik masa kat atas tu... kakak lak taknak bergambar.. mmg sekarang ni susah betul dia nak bergambar... tension aku tau...

masa ni dah nmpk daratan dah.... mmg cantik betul pemandangan dari atas kan...

masa nak landing pun sempat lagi aku ambik... hehehe....


akhirnya tuan tanah dan family selamat sampai jugak di Langkawi... tegak semacam je aku bergambar kan... hehehe... kain pink yang aku pegang tu adalah kain tudung aku merangkap cover nursing time kat langkawi... dalam flight hari tu pun sempat gakla aku breastfeed esya jap.. sib baiklah aku dah standby siap2 tudung tu dlm beg... 

Ok itu ajela dulu untuk kali ni... ada masa aku sambung balik cerita percutian aku kat Langkawi iye..

ok bye..

Wednesday 3 October 2012

Aku Kembali...

Salam Semua...

Firstly aku nak tanya... masih ada ke yg sudi baca blog ni lagi? hehehe... 

Takpela.. ada ke.. tak de ke.. aku tak kisah... tp aku janji mulai hari ni.. aku akan cuba update selalu.. lagipun inilah satu2nya blog yang aku ada... sayang la plak kan kalau terbiar camtu je... betul tak?

Iyela.. macam aku cakap dari awal2 aku bukak blog ni.. blog ini sebenarnya aku dah umpamakan seperti diari aku... dan aku harap... bila anak2 aku besar nanti.. diorg akan baca apa yang aku tulis kat dalam ni.. so nak tak nak aku takleh nak malas lama2 sgt.. harus kena selalu berupdate.. betul tak? harap2 semangat untuk berblog tu akan terus ada la iye... hehehe...

So itu je la dulu untuk entry permulaan bulan Oktober ni... insyaallah lepas ni akan ada lagi entry lain yang akan menyusul... aku janji...

Last sekali aku tepek je la gambar terbaru aku iye... hehehe... 


Sekian.. bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS