Tuesday 4 September 2012

Salam Lebaran

Salam Semua...

Agak lama jugak aku menyepi... tp sempat lagi kan untuk aku ucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslihat amnya dan sesiapa yang tersinggah ke blog aku ni khasnya... hehehe... kira oklah kan dari takde langsung walaupun agak terlewat sikit tapi still lagi dalam bulan syawal kan... betul tak?

Cerita pasal hari raya kami sekeluarga... hmmmm... nak citer ke tak ek? sbb hari raya kami biasa2 je... takde apa yang special pun.. lagi2 plak.. aku taklah beria2 nak ambik gambar... tgklah dulu.. kalau aku rajin.. aku buat... kalau tak rajin... takdelah iye... almaklumlah aku ni masih lagi dibelenggu penyakit "M" a.k.a "MALAS"... so faham2 je la kenapa blog ni sejak dua menjak ni jarang berupdate.... hihihi... 

Ntahla aku ni kan... bila dah start penyakit "M" tu... mmg akan ambik masa sikit laa... nak2 lagi sebelum raya hari tu.. aku mmg sibuk dengan module OUM sbb nak kejar dateline dia... nak kena siapkan sebelum raya menjelma... disebabkan aku busy... langsung aku takde masa nak update blog... bila dah lama aku tak update.. mulalah penyakit "M" tu menyinggah kat aku... hehehe... tp bukan sbb aku busy aje tau... ada perkara lain jugak yang menambahkan lagi ketidak kesempatan aku utk mengupdate blog... hahaha... ayat tak ingat... hehehe...

okla.. meh sini aku nak citer...

Tgh2 aku dok sibuk tu... anak aku esya... terkena demam + batuk + selsema plak.... hampir 3 minggu gakla keadaan dia camtu... demam plak on off je.. bila bagi ubat.. dia elokla... tp lepas tu dia demam balik... disebabkan ofis aku tgh busy time tu.. aku tak ambik posing sgt kesihatan esya tu... sbb aku yakin dia akan elok gak nanti... tp dlm busy2 aku pun.. dah 2 buah klinik dah aku rujuk... tp still tak nampak perubahan.... dahla esya ni jenis susah mkn ubat... hari2 kami terpaksa bukak mulut dia nak kasi ubat tu.. dia plak.. punyalah tak nak mkn ubat tu.. selagi boleh tutup.. dia akan tutup mulut dia... dah muncung2 mulut pun masih lagi boleh dia tutup... stress aku tau... beza betul ngan kakak yang senang sekali mkn ubat... betul la orang kata... lain anak lain ragamnya... aduhai.... 

Tapi bila dah dekat lagi seminggu nak raya tu.. aku mula risau... esya punya batuk tak baik2 lagi... camna kami nak raya kan.. kesian plak dia dok batuk2 je... so hari Sabtu, 11/8/2012 lepas bukak puasa je, kami terus ke Senawang Specialist Hospital... nak buat check up secara detail kesihatan esya tu... Sampai2 je kat sana... doc yang check esya tu bgtau kahak esya byk sgt... itu salah satu sbb kenapa demam dia tak baik2... dia minta esya dimasukkan dalam wad sbb senang bg diorg nak pantau... 

Bila sebut kena masuk wad je.. aku dah serba salah... camna ni.. keje kat ofis belum settle lagi... pastu raya plak tinggal seminggu lagi ni... aduhai dugaan betul kali ni... kalau ikutkan.. mmg la boleh kalau aku tak nak esya dimasukkan dalam wad tu.. sbb diorg kata terpulang pada aku la... diorg tak paksa pun... tp bila aku fikir masak2... aku decide biarlah esya dimasukkan dalam wad... sbb bagi kami masa tu... kesihatan esya lagi penting... kalau boleh kami nak dia cepat elok dan kami tak perlu nak risau2 dah kenapa demam ngan batuk dia tak hilang2 lagi... sbb bukan sehari dua dah dia dok demam + batuk ni.. dah hampir 3 minggu tau... sapa yang tak risau kan.... betul tak?

So bila esya dimasukkan dalam wad ni... aku harap sgtla diorg boleh pantau kesihatan esya dengan lebih baik lagi sepertimana yang diorg ckap pada kami.... start mlm tu jugakla esya dimasukkan dalam wad....   selepas settle apa yang patut kat hospital tu.. kami minta izin balik umah sekejap nak ambik apa2 yang perlu utk kami start berumah kat hospital tu plak.... penat tu mmg penat.. tp demi kesihatan anak... kami redah je...

inilah budak itu yang membuatkan hati ibu ngan abah dia risau.... harap2 lepas ni sentiasa sihat walafiatla hendaknya iye...

masa ni tangan dia belum kena cucuk lagi... sbb doc kata antibiotik tak perlu bagi dah sbb yg klinik punya antibiotik tu aku dah bagi...

antara ragam2 kesayangan aku...

masa aku snap gambar ni.. aku ada pasang lagu chicken dance... si kakak ni mmg... pantang dengar lagu chicken dance... tu tgh berchicken dance la tu... aku rasa dia sorang je happy sbb leh berkampung kat hospital... sabar je la... 

Permandangan di Wad Lavender, Senawang Specialist Hospital... comel dan ceria kan... sbnrnya ni kali kedua kami berada di sini.. last adalah tahun lepas ketika kakak terkena beguk + jangkitan kuman dalam darah...

Time ni diorg tgh sedut kahak esya.. kami plak kena tunggu kat luar bilik rawatan tu....  nampak tak kakak tu.. dia mmg.. tak reti nak duduk diam.. si adik tgh menangis2 kat dalam... yg dia plak... happy kuar masuk bilik... sib baiklah bilik rawatan tu berdepan dengan bilik kami je... dia kuar masuk bilik pun kami leh nampak lagi...

permata hati kami... tgk tangan esya tu.. last2 sekali kena cucuk jugak sbb doc ckp ada jangkitan kuman dalam darah dia... macam2 la kan... tgkla plak muka si kakak tu.. still senyum je... org dah gembira dok kat spital katakan... dan aku rasa org yg paling tak suka dok hospital adalah esya.. sbb 3 hari berturut2 dia kena sedut kahak... aku kesian tgk dia... sbb tiap kali kuar dari bilik rawatan.. merah mata menangis... aku sendiri pun dah tak sampai hati.. hinggakan hari ketiga dia kena sedut kahak tu.. aku ada tanya esoknya esya kena sedut kahak lagi ke tak? sib baiklah diorg kata dah tak perlu.. kalau perlu gak.. aku ingat.. nak hentikan je... aku dah tak sanggup sebenarnya... huhuhu...

Kami berkampung kat Hospital sampai hari Khamis je... sbb doc ada tanya.. kami bercadang balik kampung hari apa... semmgnya lah sblm esya masuk wad lagi kami dah plan hari jumaat kami nak balik kampung.. jadi pagi khamis, 16/082012 tu... cam rutin hari2 yang lain.. doc masuk check esya... habis check esya.. dia bgtau dia benarkanlah kami balik... sungguh gembiranya aku dengar... dapat gakla kami balik awal berbuka puasa bersama family dikampung nanti... tp sebelum tu.. sempat lagi doc tu bg syarat.. ubat kena still continue lagi.. kena habiskan ubat2 yang diorg bekalkan sepanjang berada di kampung nanti... iyolah.. kami menurut perintah.. hehehe...

Demi Raya... apa2 pun sanggup iye tak? 

Ok itu ajela aku nak citer kali ni... sorrylah aku mmg suka citer cacamarba camni... hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS