Thursday 28 June 2012

Esya Demam

Salam Semua...

Hari Isnin hari tu... masa aku balik keje.. aku nampak jiran aku a.k.a pengasuh anak aku ni ada kat taman permainan perumahan kami tu bersama ngan sorang lagi jiran kami... pengasuh anak aku ni mmg suka bawak anak2 aku jalan2 time petang2... dan aku sendiri pun mmg tak kisah sgtla sbb kalau nak harapkan aku yang bawakan anak2 aku tu.. mmg amat jarang sangatla kan.. sbbnya aku takde masa dan tak sempat.. balik2 keje je aku dah terkejar2 nak masak plak... tapi kalau sesekali tu.. bolehla kan.. 

Jadi petang tu.. masa pengasuh hantar anak2 aku tu.. dia ada cakap yang esya ada demam.. bila aku sentuh dahinya.. mmg betul la esya demam... hidung pun aku tgk ada berair sikit.. lepas bgtau hubby.. hubby kata takyah masaklah sbb lepas maghrib nak bawa pergi klinik terus... klinik ni plak mmg nak kena pergi awal sikit... kalau lambat je.. mmg jenuhla nak tunggu giliran kita nanti sbb klinik yang aku nak pegi ni mmg selalu ramai patientnya.. Doktornya mmg bagus dan aku pun mmg suka bawak anak2 aku ke klinik ni...

Lepas maghrib tu.. dlm kol 7.45 mlm.. terus kami pergi ke klinik tu.. sampai2 je... mujur tak ramai lagi patient.... itupun kami adalah patient yg keempat... aku tak terus keluar... cuma tunggu dalam keta je dulu.. lagipun masa tu aku tgh susukan esya... hubby je yg kuar daftar semua tu... lama gaklah aku susukan esya sampai tertidur plak dia... badannya jgn ckpla.. mmg panas sgt2... 

Dlm 15 minit lepas tu.. esya bangun... aku terus kuar... masuk2 dlm klinik tu dan terus duduk kat kerusi yang disediakan... esya plak mgkin tak berapa sedap badannya.. sekejap2 dia nak kat aku.. kejap2 pastu nak kat abah dia plak... hish termanja plak dia iye... takpe... kami layan je la... yang si kakak plak... aku tak tahu nak ckp apa... lasak betul... berlari kat dalam tu... nak marah pun ada.. tp sabar je la...

masa ni tgh menunggu giliran lagi.. mmg lama betul sorang2 patient yang masuk... disebabkan servis dia ok... so aku sabar je menunggu... tgklah si esya tu... sedihkan wajahnya... ni second time tau dia demam..

ni plak bilik doktor tu.. Dr. Alfred Etienne Anthony..

akhirnya giliran kami dipanggil gak.. masuk2 dalam tu.. kena tunggu sekali lagi.. sbb doctor tu belum habis lagi dengan patientnya ni.. pasangan ni pun bawa anak kecik jugak... dari perbualan yang aku dengar.. anak diorg ni ada terkena allergik disebabkan pemakanan... badan ada naik kemerah-merahan camtu la...

tak lama sgt kami tunggu dalam tu... lepas je pasangan tu keluar... giliran kami plak.. takdela lama sgt dia handle kami ni sbb aku ckp anak aku ni baru je demam petang tadi... muntah, batuk, selsema ke apa belum ada tanda apa2 lagi... pastu doktor terus check apa yang patut dan dia terangkanlah dia akan bagi ubat apa pada anak kami tu.. then siap!!.. mmg sekejap sgtla... hehe...

Lepas ambik ubat tu.. kami terus balik... malam tu aku tak tido lena sgt.. risau sbb badan dia mmg panas sgt... dia pun sekejap2 merenget-renget... mgkin tak selesa kot... aku bagi ubat pun.. dia muntahkan balik... lagila aku risau... camna nak baik kalau ubat pun dia muntahkan kan...

Besoknya iaitu semalam aku emergency leave sbb demamnya belum elok lagi.. badan plak still panas lagi.. aku tak sampai hati nak hantar dia ke pengasuhnya.. aku rasa eloklah aku sendiri yang menjaganya... dan alhamdulillah bila petang tu.. badan dia dah beransur sejuk.. dia pun dah mula nak main2... syukur sgt2...

Dan hari ni.. aku masuk keje seperti biasa.. tp aku dah pesan siap2 kat pengasuhnya.. kalau dia still demam balik... jgn lupa bgtau aku terus... risau tu tetap ada.. iyela.. dia kan masih kecik lagi... skrg ni kalau demam ke apa... jgnla dipandang ringan... mcm2 telah berlaku skrg ni.. betul tak?

Tuesday 26 June 2012

Jom Selamatkan Alam Sekitar

Salam Semua...

Wah... rasa cam lama aku tak update blog kan... tu tandanya aku busy @ aku takde idea @ aku takde benda yang nak disharekan... huish... byk betul kebarangkalian kenapa aku tak update blog aku kan... padahal yang sebenar2nya aku ni... M.A.L.A.S... hehehe...

Oklah... Hari Ahad hari tu.. ada la aku duduk2 kat luar ambik angin petang jap... skrg kan musim panas... kipas syiling umah aku tu.. mak aii... aku tak rasa sangat anginnya... sikitpun aku tak rasa sejuk... angin panas lagi ada aku rasa... so aku relaks2 la kat luar jap... tgh2 syok dok kat luar tu.. mata aku dok pandang2 kat gate umah aku ni... sebenarnya takde apa pun yang menarik sangat kat gate umah aku ni... tapi ada sesuatu yang tersadai kat situ yang menarik perhatian aku... nak tahu....



haa inilah bendanya.. cloth diapers kepunyaan anak aku..

bermacam2 sudut aku amik gambar tau.. semua ni semata2 nak kasi tunjuk koleksi cloth diapers anak aku tu... hehehe...

masih tak byk lagi... ada dalam 12 keping sahaja... asalnya ada 16 keping tapi 4 keping aku dah bagi pada adik ipar aku untuk dia cuba... insyaallah akan aku tambah lagi... semuanya plain color je... lepas ni mgkin aku akan beli yg bercorak plak... 

Buat masa ni... aku hanya pakaikan cloth diapers ni di umah aku sahaja... di rumah pengasuh.. aku masih lagi bekalkan pampers pakai buang tu..... sbb aku rasa cam tak mencukupi kalau aku berikan pada pengasuh jugak.... insyaallah kalau dah bertambah sikit CD ni.. barulah aku berikan jugak pada pengasuhnya..

Aku mmg suka pakaikan CD ni pada anak aku... sehari.. ada dlm 2 @ 3 keping aku guna... ini hari bekerja iye... kalau hari cuti... ada dlm 5 @ 6 keping jugakla....dengan setiap keping CD tu aku masukkan 2 insert... mmg takkan bocor la... lagipun kat umah aku skrg ni mmg dah takde langsung pampers pakai buang tu... kira aku dah selamatkan alam sekitar jugak la iye walaupun tak 100% lagi... hehehe.... 

So pada mummy2 yang belum bercloth diapers ni pada anak2.... tryla...... aku yakin kamu semua pasti akan suka jugak... takde susah pun dalam dok handle CD ni... sbb bila kita dah suka... semuanya jadi senang... betul tak?

Friday 22 June 2012

Si Dugong Putih Tercalar

Ni citer hari Jumaat lepas...

Sekadar nak kongsi.. Sidugong putih kesayangan kami tu dah tercalar... bukan perbuatan sapa2... ni semua aku jugak punya keje... serius aku tak sedar yang aku dah geselkan en wira pada si dugong putih tu... mmg aku takde dengar bunyi apa2 time aku kuarkan en wira tu.... balik2 keje je.. aku nmpk si dugong putih tu dah tercalar... aku ingatkan hubby aku ada bawak dia ke mana2... relak je hubby aku ckp... "acu toleh tgk kat pintu en wira tu... ada cat putih tak?" bila aku toleh... waa... bila masa plak aku geselkan cik Dugong tu????.... sentap hati aku sekejap... tu pun nasib baiklah hubby tak marah... mgkin dia fikir... kalau marah pun dah tak guna... benda dah jadi... 


yg aku bulatkan tu lah kesan calarnya..

ni plak kesan calar pada en wira... sayang gak ni.. sbb en wira ni baru je hubby aku salinkan cat dia... dah tercalar balik...

Kesayangan kami bersama dengan kesan calar masing2... huhuhu...

NOTA KAKI: Orang kata kalau sayang kereta tercalar ke apa... simpan je kat rumah... tp rasanya dah tak boleh pakai dah kata2 tu... buktinya... kalau dah nak tercalar.. tercalar la jugak... aku punya keje ler tu...

Takde Idea

Salam Hari Jumaat Semua...

Tgk pada tajuk pun tentu kamu semua dah tahu... mmg aku takde apa nak citer... otak tgh blur... takde idea... 

Disebabkan aku takde idea nak berceloteh... apa kata aku tepek je gambar ni.... layan je la...
 
 Ain... ofismate aku... mmg suka bergambar... nampak je aku nak snap... terus je dia posing... manis tak orangnya? manis kan... hihihi...

ni plak sebahagian staff lelaki ofis aku... 

yaa... kami sememangnya ada pakaian seragam sendiri...
tp sayang.. staf perempuan belum ada pakaian seragamnya.... kan best kalau staff perempuan pun ada gak... takdela aku pening hari2 dok fikir nak pakai baju apa...

Ok.. tu semua adalah gambar pagi tadi ketika kami semua berada dalam meeting room... disebabkan meeting dibuat pada kol 9 pagi.... adalah disediakan breakfast sikit... alhamdulillah rezeki hari Jumaat ...

Ini adalah sebahagian dari rakan2 ofis aku... ada ramai lagi... tp aku takdela nak snap semuanya... cuma yang dok berdekatan ngan aku je... gambar bos plak... aku tak berani laa nak ambik... hehehe.. penakut jugak aku ni kan... kuikuikui..

Thursday 21 June 2012

Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Salam Semua...

Memandangkan hari ni aku takde idea.. apa kata entry kali ni.. aku nak kongsi sikit pengalaman aku masa bersalinkan anak aku yang sulung... walaupun usia dia dah nak masuk 4 tahun... tapi takpelah aku nak juga bercerita kat sini... itupun setakat mana yang aku ingatla iye.. aku harap satu hari nanti.. dia akan baca kisah ni balik... dan dia boleh tau mcm mana dia lahir ke dunia ini... betul tak?

3.9.2008
Masa tu bulan puasa iye... dan aku dah ada kat kg 2 minggu lebih awal dari due date aku iaitu 6.9.2008. Disebabkan bulan puasa, jadi pada hari tu mmg aku puasa seperti biasa. Selepas solat zohor, aku tido sekejap... dan dalam kol 3 lebih2 camtu, aku terjaga sbb rasa nak terkencing. Sebaik aku bangun dari katil tu.. pop!... ada sesuatu mengalir di celah paha aku... haa sudah...aku ingatkan aku dah terkencing... cepat2la aku ke bilik air... dah sampai kat bilik air... air tu masih lagi keluar walaupun aku cuma tahan dari keluar... masa ni aku dah syak.. sah ini adalah air ketuban yang dah pecah... apalagi aku cepat2 masuk bilik balik dan terus aku memakai pad.

Lepas tu aku cuma tenangkan diri aku dulu... aku pakai baju yg elok2 sikit dan aku mula cari mak aku sbb nak bgtau aku dah keluar air ketuban... tapi masa tu mak aku takde kat umah... yg ada cuma ayah dan adik aku yang bongsu tu je... cari punya cari... rupa2nya mak aku tu tgh asyik berborak kat kedai tak jauh dari umah aku tu.. bila diorg tahu aku dah pecah air ketuban tu.. apalagi kelam kabut jugaklah diorg bersiap... yg aku ni plak relaks je.. sbb masa tu aku dah siap semua dah... tambah lagi aku mmg tak rasa sakit langsung...

Dalam perjalanan ke hospital tu.. barula aku nak bgtau hubby yg aku dah dlm perjalanan ke hospital Pasir Puteh... mmg aku tak bgtau dia awal2 sbb tak nak bagi dia risau.. tu pun aku sms je... tup2 dia call... bini sapa la ni... hehehe..

Dah sampai kat hospital tu.. nurse mintak aku tukarkan pakaian... lepas check bukaan... dah 2 cm kalau tak silap aku... nurse masukkan ubat buang air besar plak... elok2 je dah siap... terus aku rasa nak membuang... lepas tu nurse tanya aku lagi.. ada tak aku rasa sakit.. aku kata takde rasa sakit pun.. sbb takde rasa sakitla.. aku kena induce... lepas dia induce aku tu.. aku dah mula start rasa sakit.. tapi takdela sakit sgt...

Lebih kurang kol 6.. seorang doc masuk.. check bukaan lagi.. masa tu bukaan dah 4cm dan dia kata aku dijangka akan bersalin dalam kol 9mlm... dia tanya aku... aku ada mkn apa2 tak... sah2lah aku tak mkn apa2... tu kan bulan puasa.. dia kata kalau aku nak teruskan berpuasa... boleh teruskan... aku senyap je... tp sebnrnya aku dah musykil... tak terbatal lagi ke puasa aku tu?

Lepas siap check bukaan tu.. diorg tinggalkan aku sorang2 dalam bilik tu... mmg aku cuak gakla... dahla tak tahu apa2... sorang nurse pun takde dekat2 ngan aku... jam plak aku tgk dah kol 7.30... tekak aku plak dah rasa haus sgt2.. bila nurse masuk je.. aku kata kat dia... aku nak minum... tp sayangnya dia kata aku dah tak boleh minum dah sbb dah nak bersalin.... iye masa tu bukaan aku dah 7cm..

Dalam kol 8 mlm camtu.. diorg ada bawak masukkan 2 palang besi dan diorg letakkan di kiri dan kanan katil aku tu... haa sudah... palang besi apa plak ni... masa tu aku dah imagine yang kaki aku kena ikat kat palang tu... mmg menakutkan... dan sbb imaginasi aku tu jugakla... aku tetiba kena darah tinggi... terkejut nurse2 tu time diorg check bacaan darah aku tu... hehehe...

Kol 9 mlm... sekali lagi doc dtg check bukaan.. masih lagi 7cm... dan disebabkan masih lagi 7cm, tambah plak aku dah kena darah tinggi... diorg decide aku kena htr ke HUSM, Kubang Kerian. Dapat gakla aku merasa naik ambulans... perjalanan dari Hospital Pasir Puteh ke HUSM tu aku rasa lama sgt.. biasalah tgh sakit... rasa gegar sikit pun dah tak boleh dah...

Sampai kat HUSM.. aku terus dimasukkan dlm labour room... sekali lagi diorg check bukaan aku.. mmg masih lagi 7cm... kat sini mmg aku rasa cam serik sikit... doc pelatih masa tu mmg ramai... masing2 tgh nak belajar... aku ni dah jadi experimen bg diorg... dari tak tension.. aku bertambah tension... hubby masa ni belum sampai lagi... paling tidak pun pagi besokla baru dia sampai... yg temankan aku masa tu cuma mak aku je.... setiap 2 @ 3 jam sekali.. ada doc yg akan check bukaan aku.. mmg sakit usah dickplah..

4.9.2008
Sehingga kol 5.00 pagi.. bukaan aku masih lagi 7cm.. last2 sekali sorang doc dtg... dia kata... dia akan bagi peluang utk aku sampai kol 5.30pg.. kalau takde juga perubahan.. aku akan diczer... masa tu aku dah reda dah... buatla apa2pun asalkan semuanya selamat.. dah lama sgt dah aku dlm labour room tu...

Kol 5.30 pagi... memandangkan mmg tiada perubahan bukaan... dok 7cm tu jugak.. doc bawakan aku surat persetujuan utk aku diczer... selepas dia explain semua.. dan aku pun turunkanlah tandatangan aku kat borang tu... bila aku dah sampai kat bilik bedah... staf2 kat bilik bedah tu semua terkejut tgk aku... sbb aku dah nmpk pucat sgt2 dah... mana tak pucat kan.. dah lama sgt dah aku dok menahan sakit...

Sekali lagi aku kena tukar pakaian... lepas tu diorg mintak aku duduk membongkok sambil memeluk bantal erat2 dan aku dibius separuh badan.. sesetengah org kata sakit kan suntikan tu.. tp bg aku tak sakit pun... biasa2 je... disebabkan aku dibius separuh badan.. jadi aku dapat rasalah perut aku seperti digoyang2 dan ditekan2..

Kol 6.30 pagi... aku dengar doc bedah ada ckp sesuatu tapi tak berapa jelas apa yg dia cakap... lepas dia ckap je... diorg sama2 tekan bahagian atas perut dekat2 dengan dada aku... masa ni mmg aku ada rasa cam sesak nafas sikit... lepas diorg tekan je... tetiba aku rasa perut aku dah lapang dan lega sgt2 .... rupa2nya baby aku dah keluar... bila dengar tangisan dia tu.. tetiba je aku rasa sebak... akhirnya aku selamat gak melahirkan seorang anak walaupun melalui pembedahan...  baby tu ditunjukkan pada aku utk aku camkan jantinanya... yaa dia adalah seorang puteri dan aku diberi peluang utk cium dia buat pertama kali... masa tu aku tak tahu camna nak gambarkan perasaan aku... rasa bahagia... rasa happy.. ntahla aku pun tak tahu camna nak aku cakapkan kat sini...

Lepas keluar dari bilik bedah tu.. aku ditempatkan kat satu sudut utk dipanaskan badan aku balik sbb bilik bedah tu mmg sejuk sgt2... mmg menggigil dok dalam tu... masa ni aku dah ditemani mak aku balik dan masa ni jugak aku tak tahu diorg letak kat mana baby aku tu... dekat sejam gakla aku kat ruang pemanas tu... lepas tu aku dibawa ke wad utk bersama ngan ibu2 bersalin yang lain... selepas 6 jam pembedahan tu.. barula aku diberi makan minum semua... tp baby still lagi tak kelihatan sbb aku baru lagi keluar dari dewan bedah... mmg tak dibenarkan bangun... hanya boleh terbaring sahaja...

Kol 12.30 tghari adalah time melawat... barulah aku nampak hubby aku bersama ngan familynya.. dan tak lama lepas tu.. barulah seorang nurse membawa baby kami tu untuk tatapan kami semua...

Itu ajela pengalaman aku masa bersalinkan anak aku yang sulung... NURINA AFIQAH.. dengan berat dia masa lahir adalah 3.24 kg..

Nurina Afiqah.. Puteri Sulung ketika berusia 6 bulan...  

Tuesday 19 June 2012

Jom Serbu Gold Coast Morib

Salam Semua...

Aku hanya nak kasi tau.. skrg ni aku dalam kegeraman....

yaaa.. mmg aku betul2 gerammmmm sgt2... nak tahu sebab apa?..


ni haa.. geram kat benda alah ni... serius wei aku geram.. kenapala ko murah sangat... hahaha... nak je aku tekan button BUY NOW tu.. tapi apakan daya aku tak dapet.. sebab bulan 9 tu aku dah ada planning lain...


Selain water theme park.. setiap unit di Gold Coast Morib ni dilengkapi dengan jacuzzi.. Tengoklaa.. boleh berendam sampai lebam jari jemari tu.. bukan kat bebudak je yang suka.. mak bapak budak pun pasti suka jugakkk!!!... hahaha...

Sekarang ni Streetdeal tgh buat promosi... 72% ko dari harga asalnya RM664... uish... mmg berbaloi2 la.. so kepada sesiapa yang berminat tu... apa lagi... cepat2la korang sambar sebelum kehabisan iye... jgn plak dok menggeramkan diri cam aku ni haa.... hehehe...

NOTA KAKI: Ada baiknya juga aku tak boleh beli.... esya pun masih kecik lagi... masih tak mengerti makna keronokan bermain air... don't worry tahun depan pasti ada lagi... (statement nak sejukkan hati.. huhuhu..)

Sunday 17 June 2012

Kenangan Dolu-dolu

Salam semua..

Kamu semua tgh buat apa iye... aku?... cam biasala hujung2 minggu ni.. dok kat umah je.. lgpun minggu ni hubby keje.. nak kuar pun mmg tak boleh… esya demam... pastu cuaca pun dua tiga hari ni berjerebu je aku tgk... mmg tak elok utk kesihatan anak2 kecik ni.. bukan anak2 je.. kita pun sama jugak..... jadi lebih baiklah dok kat umah diam2.... betul tak?..

Malam tadi aku tak tahu la naper esya nangis... agaknya dia tak selesa kot.. dahla demam, hidung pun tersumbat... berhingus plak tu… agaknya dia tak selesa kot... kesian dia... tak pernah dia meragam camtu sekali... aku dah try sedut hingus dia tu.. adalaa kuar sikit.... dan hari ni.. alhamdulillah demam dia pun dah berkurang sikit... meragam pun tak sangat la... legalah sikit hati aku ni...

Eh2.. hari ni hari bapa ek... ke semalam?  Haha.. maaflah aku tak brape pasti plak... tu pun aku belum wish lagi kat en suami tu... tunggula dia balik keje nanti baru aku nak wish... semalam aku terlupa daa... nak sambut lebih2 tu takdela.... cuma ucapan je la yg dpt  aku berikan pada dia.... alaa samalah time hari ibu hari tu pun.. dia just wish je kat aku... kira adil la kan.. haha...

Hari ni takde apa yang special sgt yg aku buat... sama je rutin aku spt hujung2 minggu yg lain jugak..... tp.. hari ni aku ada buatkan sesuatu... dulu... masa aku kecik2... benda ni mmg jadi feberet aku...

Haa... mesti kamu semua kenalkan ini apa? Yaa..Tak lain tak bukan.. inilah aiskrim malaysia... aku buat versi nescafe susu punya... best2.. tak sabar nak mkn bila balik keje besok.. haha..

Yg ni plak aiskrim bubur kacang hijau yg aku buat minggu lepas..  dah tinggal 3 btg dah dari 18 btg yg aku buat.. hari2 balik keje.. kami serbu peti sejuk.. masing2 amik sebatang mkn... besttttt.. haha..

Hari ni plak..takdelah aku buat byk sgt... satu jug kecik je pun.. dptlah dlm 8 btg... okla tu.. yg mkn pun kami anak beranak je kan...

Ok dah siap susun cantik2.. bolehla disimpan dalam peti ais....

Nota kaki: Teringin nak buat aiskrim asam boi plak.. teringat masa kecik2 dulu.. aiskrim tu laa yg selalu aku beli... sedap!!!!!!

Saturday 16 June 2012

Rezeki Hari Jumaat

Ni citer yg semlm punyala iye..

Cam biasalah iye.. hari Jumaat kan time rehatnya panjang sikit dari hari2 yg lain.. jadi sepanjang itulah juga langkah kami ni... hahaha..

Aku ni hanya 2 tpt je yg selalu aku pegi... kalau tak jusco cheras selatan.. aku akan ke The Mines.... the mines ni mmg dah kerap sangatla aku pegi bila hari jumaat... dah itu je tpt yg paling dekat ngan ofis aku... aku rasa rakan2 ofis aku yg lain pun sama gak kot....

Jadi semalam.. aku ngan 3 org rakan ofis sepakat nak pegi lunch kat Jusco Cheras Selatan... cam biasalah kol 12.30 camtu.. kami pun kuar... sesampai di sana... masing2 tak tahu nak mkn kat maner... last2 sekali decide mkn kat food court je...

Masa tgh jln2 menuju ke food court jusco tu… tiba2 kami terhenti kat satu kedai mkn ni... lepas bincang2 kejap kat luar tu.. dah setuju.. moh ler kita masuk ke dalam... 

Yaa.. disinilah kami menjamu selera masa hari jumaat tu... sbnrnya takdelah nak mkn steamboat bagai.. Cuma yg bergoreng2 je... ni kan tgh2 bulan.. haha..

Cam biasa.. silalah pilih apa yg berkenan utk anak tekak masing2 iye.. ekekeke...

Dan inilah yg aku pilih.... fresh milk gitu... harga?... tak brape ingat.. dalam RM2 lebih2 camtula... sorryla... kalau nak tahu.. silalah terjah ke restoran johnny’ iye.. hehehe..

Kwn2 aku yg lain tu.. 2 org ambik air aloe vera... dan sorang lagi tu.. sama ngan aku gak.. ambik fresh milk tapi yg shake2 punyala... aku plak... tak main la yg shake2 ni.. original tau.. hahaha... (padahal aku tak tahu.. kalau aku tahu.. mau aku order yg tu jugakkk..) haha..

Yg ni aku tak tahu apa nama betulnya... kami panggil mee hijau... rasa dia.. cam meggie pun ada... ni kawan aku punya...

Ni pun kawan aku punya jugak.. tak kenal? Ni namanya nasi ayam... haha..

Haa.. yg ni baru aku punya... nasi goreng belacan.. tp nak je aku letak nama nasi goreng udang kering.. sbb.... rasa belacan tu langsung takde.. yg ada cuma rasa udang kering yg lebih.. pastu masin plak tu... kesian kawan aku yang tgh pregnant tu... dia pun order sama cam aku ni.. dia makan separuh je.. pastu tak habis.. masin sgt... tp aku... licinnn!!!!... dasar T______T...  hahaha...

Lepas mkn... kami pun kiralah brape masing2 kena byr... sbb kawan aku sorg ni nak byr pakai credit card... kenalah kira dulu dan byr kat dia siap2... haha..

Kebetulan plak ada lagi 3 org rakan ofis aku mkn kat johnny’s juga.. sementara tunggu dua kawan aku bayar kat kaunter tu... aku sembang jap ngan diorg ni... Tgh aku syok2 borak tu... 2 org rakan aku ni.. kemain laju ko diorang jalan.. tak toleh kiri kanan dah.. aku pun apalagi.. cepat2 gakla minta diri nak beredar... ayoooo...

Bila sampai kat luar kedai tu... diorg bukan main lagi suruh cepat2 jalan... aku ngan sorang lagi kawan ni.. terpinga2 la jugak kan.. apahal tetiba nak suruh jln laju2... rupa2nya.. resit mkn kami tu.. dah ada yg tlg byrkan... dan kami plak mmg tak tahu siapa org tu... pelik2.. siapakah gerangannya iye? Hmmm...

Apapun tima kasihla iye kpd sesiapa yg byrkan makanan kami tu.. moga2 kamu dimurahkan rezeki selalu.. amin...

Thursday 14 June 2012

Check up Esya 6 bulan

Awal minggu hari tu.. hari isnin la kan.. aku ambik cuti sebab nak bawak esya ke klinik. Biasalah kan utk check up bulanan dia dan juga untuk suntikan imunisasi bagi bayi 6 bulan.. 

Merenung nasib diri yg akan disuntik.. hehehe..

Ni first time tau aku pakaikan dia dress ke klinik... biar nmpk cam pompuan sikit.. Naper? sbb tiap kali aku bawa esya check up.. mesti ada je yg tanya.. esya ni lelaki ke perempuan... 
okla aunty2 semua.. sy adalah GEGIRL... sekian terima kasih.. hehehe...

Hanya itu je gambar yg dpt aku ambik masa kat klinik tu.. nak ambik lebih2 mmg aku tak berani la kan sbb kat situ dah siap2 ada tertampal "NO TAKING PHOTOS"...  haa kau.. lagi mau tak nak faham ke? hahaha... tapi.. kalau nak ambik gambar anak kita je.. boleh kan? kan? 

ok utk check up kali ni takdelah mengambil masa yg lama seperti check up2 yg lepas.. sbb aku pegi sana pun dah dlm kol 8 lebih2 camtu.... siap check up dan suntik semua dlm kol 9.45 camtu la... kira cepat jugak la kan... tp first time jugaklah time kena suntik tu... esya menangis ngan sekuatnya... hubby aku yg dok kat luar tu pun boleh masuk jenguh sekejap... sakit sgt kot... aku tgk masa tgh cucuk tu nurse ni kemain dia tekan jarum suntikan tu.. naik seriau plak aku tgk... apa2pun... semua dah selamat... dan sehingga hari ni.. esya takdelah nak demam ke apa... good girl..

Lepas habis check up tu... kami singgah kat pasaraya yg berhampiran ngan umah sbb nak beli barang basah sikit... 


Inilah hasil tangkapan kami kat pasaraya tu... tak byk kan?... mmg pun kami ni tak suka beli byk2... peti ais aku tu kecik je pun... hehe.. asalnya nak beli ikan.. tp anak aku nurina tu.. nak mkn siputla plak... aku pun suka gak.. so marilah kita sama2 turuti kemahuan anak tekak masing2 iye.. hehehe...

Gambar masakan aku utk hari tu.. sorryla tak ada.. aku malas nak ambik... tp utk hari tu aku buat masak lemak siput... sawi goreng dan telur dadar.. sempoi betul masakan aku hari tu... tpkan aku ada jugak buat bubur kacang hijau utk dimakan time petang2.. utk anak aku esya tu.. aku buatkan dia bubur nasi+kentang+ikan bilis... hehehe.. kesian dia menu yg sama je iye...


Ptg tu plak hubby kuar kejap sbb nak potong rambut.... balik2 umah je... dia bawak balik laksa penang ni... Fuh...mmg terbaiklah laksa penang tu....mmg pedas kaw2 punyala... laksa penang ni hubby aku beli kat taman Semarak, Nilai... tima kasih iye abg.... sedap sgt2.. lain kali bolehla belikan lagi iye... hehehe...

Nota Kaki: Sesekali bila cuti sama2 ni.. best plak rasanya.... hmmm.. harus kena plan betul2 utk cuti2 yg akan datang... 

Wednesday 13 June 2012

Beriadah di Hutan Lipur Ulu Bendul

Ini adalah citer hari ahad lepas…

Kebetulan hari Ahad tu hubby cuti… wah happynya rasa….  iyela.. dia kan selalu cuti tak menentu… so sesekali dia dpt cuti time weekend tu.. mmg cam satu bonus la bagi aku..

Pagi tu.. aku tak sediakan breakfast cam biasa.. so hubby pun kuarla beli makanan.. aku plak onkan mesin basuh sbb nak kena basuh cadar yg terkena air kencing anak aku yg sulung tu… ni kes terlebih minum susu la ni… sambil2 tu.. aku mengemas dapur yg dah tak nmpk cam dapur dah… berselerak bagai…

Tak lama pastu.. hubby balik.. dia belikan aku nasi lemak.. dan utk anak aku.. roti canai… aku cuma buatkan satu jug kecik air teh utk kami minum pagi tu…

Elok2 je siap breakfast… si kecik tu plak bangun… cam biasalah.. aku main2 jap ngan dia.. hubby plak khusyuk baca paper.. dan kakak dengan halnya sendiri… dah penat layan si kecik tu.. aku mandikan dia plak… siap mandi, pakai wangi2 semua, nyusu pun sudah.. apalagi dia nak tido balik… mmg senang2 sgtlah jaga sikecik ni.. tak byk ragamnya.. hehehe..

Pastu aku tanya hubby.. dia tak nak ke pasar ke beli brg2 basah utk mkn tghari ni sbb stok barang basah mmg takde langsung dlm peti tu.. tp ntah camna hubby aku ni baik sgt hari tu.. dia kata takyah masak.. rest je... waaa cam tak percaya plak.. aku siap tanya byk kali tu.. betul ke tak yah masak ni? Hehehe… dia kata betul la… rehat betul2… hehehe… tima kacihlah abg…

Aku ni kan.. bila dah takde benda nak buat.. kepala otak ni mulalah ligat dok fikir.. aik.. takkan cuti2 dok kat umah tgk tv je… apa kelas.. mohla kita ke mana2…. Hahaha.. kesian laki aku dpt bini camni… dah bg rehat tu dah cukup bagus la kan.. ni mau jalan2 pulak dah… dia tanya aku nak pegi mana… aku kata nak ke umah sepupunya kat PJ tu.. tp nmpk cam dia tak berminat… last2 dia ajak ke Hutan Lipur Ulu Bendul.. aku pun apa lagi.. on je la...

Tang2 tu juga kami terus bersiap… masa tu dah kol 1.30 dah… hahaha.. last minit punya plan.. kalau tau awal2 nak berkelah.. bolehlah aku buatkan cekodok utk dimakan kat sana… hahaha…

Dah siap2 semua… maka bergeraklah kami ke sana… tak jauh pun.. ktorg ikut highway lekas.. setengah jam dah sampai..

Mercu tanda hutan lipur ulu bendul… yeay dah sampai…

Ni plak pintu gerbangnya iye.. kot2la ada yg tak kenal… hehehe..

Masa aku sampai tu.. mmgla dah ramai org dah kat sana… so kami tak berharap sgtla dpt tpt rehat yg berbumbung.. tp nasib kami mmg baik sgt hari tu.. ada 1 je lagi yg kosong.. so apalagi laju2 menuju ke situ… tau2 je la bila bawak anak kecik ni…

Siap bentang tikar.. hubby pegi beli pelampung ngan makanan plak… aku plak dah takde apa nak dibuat.. jadi inilah koje aku…

Ambik gambar sikecik… tgkla aku siap bawa mainan semua.. tak mau dia kebosanan…hehe..



 Ni plak antara pemandangan dari tpt rehat kami tu… bolehla kan..

Bila dah siap beli pelampung dan makanan… so bolehlah start mandi ngan amannya…

Tp sebelum tu.. mohler kita bergambar dulu.. hehehe..

Mula2 tu.. anak aku nurina ni penakut sikit.. tak mo turun langsung… siap angkat2 kaki lagi tak nak bg cecah air.. apadaa.. pelampung dah beli tp tak mo mandi plak iye… byk songeh ko.. aku ckp kat hubby.. rendam je… hahaha.. zalim tak aku? Hehe..

Tgklah.. masa ni mmg dia tak mo lagi.. tp… bila dah lama sikit.. pastu tgk plak rakan2 sebaya dok seronok main air…. Mana boleh tahan kan.. last2 nak juga dia mandi…

Tgkla… kemain seronok dia.. siap main simbah2 air lagi ngan sorg budak ni… bagus2.. mudah mesra alam.. hahaha…
  

 Dah tak takut dah.. ni namanya anak itik baru jumpa air.. hihihi…

Ni plak aktiviti esya… suka aku bila nmpk diorg happy…  


 Tgklah tu.. abahnya dah kesejukan.. tp anak aku ni tak reti2 nak naik lagi.. aduyai…layan je la abahnya iye..

Last2 sekali.. dlm kol 5.30 ptg.. kami pun balikla jugak akhirnya… kalau ikutkan anak aku ni.. dia mmg tak nak balik lagi.. dah seronok katakan… alahai.. nantilah ada masa kita dtg lagi iye kakak..


 Sebelum balik.. sempat lagi beli nuget goreng utk dimakan dlm keta.. biasalah lepas mandi mesti lapar kan…

ok.. tu ajelah aktiviti kami hujung minggu hari tu.. ok bye2...

Tuesday 12 June 2012

PART 2 - Urusetia Konvo & Anime Festival Asia 2012


OK.. bersambung ke part 2.. sorryla kalau ada yg muak membacanya iye… ni adalah utk kenang2an aku je…

Ok sambung balik… tgh2 syok ambik gambar tu.. tgk2 jam dah dekat kol 11 pagi dah.. so apalagi cepat2la kami bergerak ke tpt yang di tuju iaitu aras 5, PWTC.

Masih lagi sempat aku snap walaupun tgh naik escalator.. hahaha…


Ok.. inilah tempat yg kami tuju tu…

Konvo kali ni.. dengar2 ckp.. tak seramai konvo2 oum yang lain… tak silap aku dalam 2000 org kot.. iye ke ek? Sorryla kalau aku tersilap…

Aku rasa ni ajelah satu2nya kedai yg jual bunga cenderahati dlm pwtc tu..  kat luar pun ada juga aku jumpa cuma kat aras 5 tu.. ni je kedai yg ada dan betul2 berdepan ngan gambar yg aku snap kat atas tu..

Dan inilah tempat aku dikenakan bertugas… tak glamor kan… okla tu.. aku mmg suka disebalik tabir ni.. hahaha…

Masuk2 je ke bilik ni… check nama siap2 pastu harusla tandatangan… kot2la iye.. ada yg tak dtg.. tp mengaku datang.. iye tak? Lepas tandatangan semua… dapatla tag keje masing2..


Dan inilah tag aku…

Dan ini plak.. tag keje rakan ofis aku yg tak dpt dtg… masing2 ada urusan yg tak dapat dielakkan…

Tuan tanah mau posing dulu sebelum jalankan tugasnya…hahaha..

Rakan2 tuan tanah pun tak lebih.. tak kurang.. nak gak posing sama… hahaha…
huihh…seronok korang iye… bagus2 lain kali silalah bertugas lagi… kihkihkih…

Sebenarnya tugas2 kami ni taklah se gah dan seglamour tugas staff2 yg lain sbb kami ni dibelakang tabir je pun.. cam aku.. tugas aku cuma melipat jubah2 konvo… kawan aku gee tu plak… dia dibahagian kaunter pemulangan jubah.. dan kawan aku sorang lagi tu.. dia dibahagian penyambut tetamu di kaunter pemulangan jubah jugak.

Ok Nampak tak di mana 2 org kawan aku tu berada… sorang tgh syok mengadap pc.. sorg lagi tu… ada kat pintu masuk tu… itulah tugas diorg…

Aku plak…

Haa ni la tptnya… bahagian lipat siku lipat… hahaha…
Disebabkan hanya bertugas di belakang tabir aje.. so bolehla kalau ada yg nak bawak anak tu..
bagus2… hmmm… lain kali lehla aku bawak anak aku jugak… Chewah ayat cam mintak suruh dipanggil lagi tu... hihihi…

oh ya nak bgtau jugak ni.. kami bertugas bukan free tau.. kami diberi elaun makan dan dapat URL lagi (Unrecorded Leave)… kira cam berbaloi jugak la kan walaupun kena bertugas di hujung minggu…

Bila tghari tu.. mulalah perut ni berbunyi2 minta diisi… hehehe… lagipun dari pagi tadi.. aku cuma mkn cekodok yg aku bekalkan buat anak aku ke rumah pengasuh dia… selepas dapat elaun mkn masing2… dan ketika tu.. mmg dah tak ramai yg dtg utk pulangkan jubah… kami dibenarkan utk kuar mkn sekejap.. so apalagi.. inilah peluang aku nak curi2 jap cari icon anime yg cute2… hahaha.. sempat lagi tu…

Dan inilah antara anime yang sempat aku jumpa…
  
Comel kan… pandai diorg ni bergaya..

Yg inipun cute gak.. cam anak kucing dah aku tgk…

Yg ni.. lagiiiii super duper cute… cam anak patung kan… nak je aku bawak balik budak ni… hihihi…

Hahaha… disebabkan dia terlampau sweet… jom ler kita bergambar…

 
Yg ni pun cute gak.. cam kembar kan… sorg jahat.. sorg baik… iye ke?.. hahaha.. pepandai je iye… apa2pun mmg diorg cute…

 Ok dah jenuh mencari anime yg cute2… tp tak jumpa2.. so kami pun teruslah menuju ke the mall… hajat dihati nak mkn McD je.. tp mak aiii… punyala ramai bebenor manusia kat situ.. terpaksalah kami mkn kat food court the Mall je… kami bertiga makan nasi ayam.. tp serius weh… mmg terbaik nasi ayam di situ.. sedap!!!!  

Habis2 mkn.. laju2 pulang ke PWTC balik… keje belum habis maa… hahaha… tp masa tu.. mmg masih tak ramai lagi student yg nak htr jubah.. so byk lepak2 & main2 keje..

Ni adalah salah satu keje gila aku…


Ambik ko… hahaha… tercapai gak hajat nak pakai jubah konvo.. maklumla.. belajar tak tinggi mana…

So Za… ko dah tgk kakakmu pakai jubah kan… ok dah puas hati? Hahaha…

Sib baiklah sehari je aku kena keje.. kalau 2 hari.. mau aku mati kutu kat situ… tepat kol 6.. kami pun dibenarkan balik… yes.. peluang cari anime terbukak lagi.. hehehe... anime je yg aku ingat iye..

So inilah antara icon anime yg sempat aku snap sebelum aku balik…


Cekcinya dia…tp still cute lagi... anime apakah ini iye?

Last icon anime yg aku snap


< 






< 






< 






< 

Seram tak? Hahaha…

Ok tamat gak entry aku ni… semput tau aku nak mengabiskannya... sorry la iye.. terpanjang sikit.. hehehe…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS