Tuesday 3 July 2012

Cermin Kereta Retak

Salam Semua...

Kita layan dulu gambar iye..

ini adalah gambar cermin keretaku yang retak pada pagi khamis baru2 ini..

Kejadian ni berlaku kat highway PLUS berhampiran dengan KLIUC masa aku on the way nak ke tempat keje... cam biasala ani ni kalau drive mmg banyak guna lane tengah... sesekali je aku guna lane kanan... itupun kalau aku rasa dah lambat sgt2 barulah aku akan pecut dalam 140km/j... hehehe... tapi masa kejadian ni berlaku aku berada di lane tengah dengan kelajuan dalam 100km/j. Tengah2 syok drive tu... PANG!!! tiba2 aku rasa cam ada sesuatu yang menghentak cermin en Wira aku tu... bunyinya mmg kuat.. terkejut gakla aku masa tu... dalam sekelip mata je aku tengok cermin en Wira tu dah retak... apalagi aku terus bagi signal nak ke lane kiri untuk aku berhentikan kereta kat tempat yang selamat sikit... bila aku rasa tempat tu selamat.. aku pun berhentikan en Wira tu... lepas tu aku onkan hazard light untuk keselamatan aku dan pengguna lebuhraya yang lain...dan aku plak mmg tak kuar langsung dari kereta... dok je dendiam kat dalam tu... takut tau...

Bila dah berhenti tu.. aku dok fikir apa yang harus aku buat... nak call polis bantuan PLUS.. aku rasa tak sesuai sgt sbb diorg pun mgkin tak boleh nak buat apa2 gak... sbb en Wira bukannya rosak.. cermin je yang retak.. so aku call hubby.. report apa yang berlaku... hubby aku ni plak mintak aku patah balik ke Nilai... oh tidak!!!.. mmg mustahil laa aku nak patah balik memandangkan jaraknya dah jauh... daripada aku patah balik.. lebih baiklah aku teruskan perjalanan ke ofis aku... walaupun aku dah fikir camtu tapi pada masa yang sama aku masih tak berani nak bawak en wira... buatnya cermin tu pecah masuk dalam mata.. tak ke bahaya tu... lepas call hubby.. aku call ofismate aku plak... ofismate aku suggest utk aku teruskan perjalanan ke ofis... aku pun nak tak nak... tawakkal je la... call hubby balik bgtau apa keputusan aku tu.. aku pun teruskanlah perjalanan aku balik...

Mmg slow sikitlah aku drive masa tu... dalam 60 hing 80km/j... mmg aku berhati2 la sikit sbb pandangan aku pun dah tak berapa jelas sangat dah. Hazard light still aku onkan.. itupun masih ada beberapa bijik kete yang hon2kan aku.. aku tak pasti kenapa diorg masih nak honkan aku... sama ada diorang tu prihatin kat aku atau sbb aku drive slow ke apa mmg aku tak pasti dan mmg aku pun dah tak peduli sangat dah... ikut suka koranglah nak hon2kan aku ke apa... janji aku selamat sampai kat tempat keje aku sudah...

ok masa ni aku baru je keluar lepas bayar tol kat plaza tol UPM, Serdang.. depan tu sikit ada traffic light iye.. 

Walaupun dengan cermin yang retak seribu... akhirnya aku selamat jugak sampai kat tpt keje... dah sampai tu.. barulah aku berani keluar dari en wira aku ni.. dan inilah pandangan cermin en wira yang retak dari luar... teruk tak?..

en wira di parking lot tpt keje aku.... 

Dah selamat sampai tu.. aku call hubby balik... bagitau yang aku dah selamat sampai kat ofis dah.. dan hubby kata yang dia akan datang petang tu untuk bawak en wira balik ke Nilai untuk dibaiki di sana dan dia akan tukarkan aku ngan cik Dugong putih utk aku balik kemudian... dengar je dia cakap camtu.. mmg aku tak setuju la kan.. sbb dengan keadaan cermin retak camtu.. tambah plak jaraknya yang jauh dari tempat keje aku ke rumah atau ke Nilai pun ada dalam 35km dah... mmg aku tak setuju sangat2... risau bebenornya ni... sapa tak sayang laki oiii.... hehehe...

Tapi kan hubby aku ni berkeras jugak nak bawak en wira tu dibaiki kat Nilai. Aku pun dah malas nak cakap apa dah.. iku je la... tp dalam hati aku ni mmg nak tunggu dia datang je... nanti tau la aku paksa dia baiki dekat2 area ofis aku ni je.. hehehe...

Petang tu... dalam kol 5.30 petang.. hubby pun sampai la kat ofis aku tu... mmg awal2 dia masih lagi nak bawak balik en wira tu.. tapi aku dah bertegas tak nak bagi dia bawak balik sana.. aku pujuk jugak mintak dia baiki dekat2 area ofis aku je... last2 sekali.. dia dengar gak kata aku.. hehehe.. aku mintak dia pergi kat bengkel yang berhampiran ngan stesen minyak petronas yang mmg tak jauh sangat dari tpt keje aku tu.. disebabkan aku belum habis keje lagi.. aku mintak dia pegi dulu ke bengkel tu... nanti dah habis keje.. aku akan ke bengkel tu jugak..

Dalam kol 6.00 petang camtu.. aku pun kuarla ofis.. sampai je kat bengkel tu.. cermin en wira yang retak tu dah siap dibuang.. tunggu nak pasang je lagi... hubby cakap diorg ambik masa dalam sejam gak la nak pasang baru cermin tu... okla... bagi aku kira cepat gakla diorang ni buat keje..



masa ni diorg tgh bersihkan sisa2 kaca... 

Tengok2 apa yang patut dan dah ambik gambar bagai... pastu hubby ajak aku temankan dia ke bank jap sbb nak cucuk duit... mau bayar itu cermin baru laa.. 


balik2 je dari bank... waa.. en wira sudah siap bercermin baru dah... suka2.. walaupun hari tu sudah terbang RM380.00... huhuhu...

Lepas siap je bayar... hubby tanya.. aku nak drive en Wira ke atau cik Dugong putih?... ofkos la aku pilih en Wira... dan kami pun beransur-ansurla beredar dari bengkel tu..... aku drive en Wira menghala ke Mantin... hubby plak drive cik Dugong putih menuju ke UKM sbb adik dia ada nak tumpangkan barang sikit kat umah kami... 

so itu je la kisah cermin retak pada en Wira kami tu.... dan ini adalah pengalaman first time aku sepanjang aku drive kereta...

3 comments:

  1. Wind Autoglass Supplies

    Semua syarikat insurans diterima.
    Percuma Tint film Berjenama

    untuk maklumat lanjut sila layari

    blog
    www.cerminkereta.my
    Website Rasmi
    www.autoglass.com.my
    facebook
    https://www.facebook.com/CerminKeretaWindscreenz

    ReplyDelete
  2. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Mobile Windscreen is a one-stop-place for car owners to get their windshield deep scratch repair services. You can get top quality services at best rates.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS