Salam Semua...
Memandangkan hari ni aku takde idea.. apa kata entry kali ni.. aku nak kongsi sikit pengalaman aku masa bersalinkan anak aku yang sulung... walaupun usia dia dah nak masuk 4 tahun... tapi takpelah aku nak juga bercerita kat sini... itupun setakat mana yang aku ingatla iye.. aku harap satu hari nanti.. dia akan baca kisah ni balik... dan dia boleh tau mcm mana dia lahir ke dunia ini... betul tak?
3.9.2008
Masa tu bulan puasa iye... dan aku dah ada kat kg 2 minggu lebih awal dari due date aku iaitu 6.9.2008. Disebabkan bulan puasa, jadi pada hari tu mmg aku puasa seperti biasa. Selepas solat zohor, aku tido sekejap... dan dalam kol 3 lebih2 camtu, aku terjaga sbb rasa nak terkencing. Sebaik aku bangun dari katil tu.. pop!... ada sesuatu mengalir di celah paha aku... haa sudah...aku ingatkan aku dah terkencing... cepat2la aku ke bilik air... dah sampai kat bilik air... air tu masih lagi keluar walaupun aku cuma tahan dari keluar... masa ni aku dah syak.. sah ini adalah air ketuban yang dah pecah... apalagi aku cepat2 masuk bilik balik dan terus aku memakai pad.
Lepas tu aku cuma tenangkan diri aku dulu... aku pakai baju yg elok2 sikit dan aku mula cari mak aku sbb nak bgtau aku dah keluar air ketuban... tapi masa tu mak aku takde kat umah... yg ada cuma ayah dan adik aku yang bongsu tu je... cari punya cari... rupa2nya mak aku tu tgh asyik berborak kat kedai tak jauh dari umah aku tu.. bila diorg tahu aku dah pecah air ketuban tu.. apalagi kelam kabut jugaklah diorg bersiap... yg aku ni plak relaks je.. sbb masa tu aku dah siap semua dah... tambah lagi aku mmg tak rasa sakit langsung...
Dalam perjalanan ke hospital tu.. barula aku nak bgtau hubby yg aku dah dlm perjalanan ke hospital Pasir Puteh... mmg aku tak bgtau dia awal2 sbb tak nak bagi dia risau.. tu pun aku sms je... tup2 dia call... bini sapa la ni... hehehe..
Dah sampai kat hospital tu.. nurse mintak aku tukarkan pakaian... lepas check bukaan... dah 2 cm kalau tak silap aku... nurse masukkan ubat buang air besar plak... elok2 je dah siap... terus aku rasa nak membuang... lepas tu nurse tanya aku lagi.. ada tak aku rasa sakit.. aku kata takde rasa sakit pun.. sbb takde rasa sakitla.. aku kena induce... lepas dia induce aku tu.. aku dah mula start rasa sakit.. tapi takdela sakit sgt...
Lebih kurang kol 6.. seorang doc masuk.. check bukaan lagi.. masa tu bukaan dah 4cm dan dia kata aku dijangka akan bersalin dalam kol 9mlm... dia tanya aku... aku ada mkn apa2 tak... sah2lah aku tak mkn apa2... tu kan bulan puasa.. dia kata kalau aku nak teruskan berpuasa... boleh teruskan... aku senyap je... tp sebnrnya aku dah musykil... tak terbatal lagi ke puasa aku tu?
Lepas siap check bukaan tu.. diorg tinggalkan aku sorang2 dalam bilik tu... mmg aku cuak gakla... dahla tak tahu apa2... sorang nurse pun takde dekat2 ngan aku... jam plak aku tgk dah kol 7.30... tekak aku plak dah rasa haus sgt2.. bila nurse masuk je.. aku kata kat dia... aku nak minum... tp sayangnya dia kata aku dah tak boleh minum dah sbb dah nak bersalin.... iye masa tu bukaan aku dah 7cm..
Dalam kol 8 mlm camtu.. diorg ada bawak masukkan 2 palang besi dan diorg letakkan di kiri dan kanan katil aku tu... haa sudah... palang besi apa plak ni... masa tu aku dah imagine yang kaki aku kena ikat kat palang tu... mmg menakutkan... dan sbb imaginasi aku tu jugakla... aku tetiba kena darah tinggi... terkejut nurse2 tu time diorg check bacaan darah aku tu... hehehe...
Kol 9 mlm... sekali lagi doc dtg check bukaan.. masih lagi 7cm... dan disebabkan masih lagi 7cm, tambah plak aku dah kena darah tinggi... diorg decide aku kena htr ke HUSM, Kubang Kerian. Dapat gakla aku merasa naik ambulans... perjalanan dari Hospital Pasir Puteh ke HUSM tu aku rasa lama sgt.. biasalah tgh sakit... rasa gegar sikit pun dah tak boleh dah...
Sampai kat HUSM.. aku terus dimasukkan dlm labour room... sekali lagi diorg check bukaan aku.. mmg masih lagi 7cm... kat sini mmg aku rasa cam serik sikit... doc pelatih masa tu mmg ramai... masing2 tgh nak belajar... aku ni dah jadi experimen bg diorg... dari tak tension.. aku bertambah tension... hubby masa ni belum sampai lagi... paling tidak pun pagi besokla baru dia sampai... yg temankan aku masa tu cuma mak aku je.... setiap 2 @ 3 jam sekali.. ada doc yg akan check bukaan aku.. mmg sakit usah dickplah..
4.9.2008
Sehingga kol 5.00 pagi.. bukaan aku masih lagi 7cm.. last2 sekali sorang doc dtg... dia kata... dia akan bagi peluang utk aku sampai kol 5.30pg.. kalau takde juga perubahan.. aku akan diczer... masa tu aku dah reda dah... buatla apa2pun asalkan semuanya selamat.. dah lama sgt dah aku dlm labour room tu...
Kol 5.30 pagi... memandangkan mmg tiada perubahan bukaan... dok 7cm tu jugak.. doc bawakan aku surat persetujuan utk aku diczer... selepas dia explain semua.. dan aku pun turunkanlah tandatangan aku kat borang tu... bila aku dah sampai kat bilik bedah... staf2 kat bilik bedah tu semua terkejut tgk aku... sbb aku dah nmpk pucat sgt2 dah... mana tak pucat kan.. dah lama sgt dah aku dok menahan sakit...
Sekali lagi aku kena tukar pakaian... lepas tu diorg mintak aku duduk membongkok sambil memeluk bantal erat2 dan aku dibius separuh badan.. sesetengah org kata sakit kan suntikan tu.. tp bg aku tak sakit pun... biasa2 je... disebabkan aku dibius separuh badan.. jadi aku dapat rasalah perut aku seperti digoyang2 dan ditekan2..
Kol 6.30 pagi... aku dengar doc bedah ada ckp sesuatu tapi tak berapa jelas apa yg dia cakap... lepas dia ckap je... diorg sama2 tekan bahagian atas perut dekat2 dengan dada aku... masa ni mmg aku ada rasa cam sesak nafas sikit... lepas diorg tekan je... tetiba aku rasa perut aku dah lapang dan lega sgt2 .... rupa2nya baby aku dah keluar... bila dengar tangisan dia tu.. tetiba je aku rasa sebak... akhirnya aku selamat gak melahirkan seorang anak walaupun melalui pembedahan... baby tu ditunjukkan pada aku utk aku camkan jantinanya... yaa dia adalah seorang puteri dan aku diberi peluang utk cium dia buat pertama kali... masa tu aku tak tahu camna nak gambarkan perasaan aku... rasa bahagia... rasa happy.. ntahla aku pun tak tahu camna nak aku cakapkan kat sini...
Lepas keluar dari bilik bedah tu.. aku ditempatkan kat satu sudut utk dipanaskan badan aku balik sbb bilik bedah tu mmg sejuk sgt2... mmg menggigil dok dalam tu... masa ni aku dah ditemani mak aku balik dan masa ni jugak aku tak tahu diorg letak kat mana baby aku tu... dekat sejam gakla aku kat ruang pemanas tu... lepas tu aku dibawa ke wad utk bersama ngan ibu2 bersalin yang lain... selepas 6 jam pembedahan tu.. barula aku diberi makan minum semua... tp baby still lagi tak kelihatan sbb aku baru lagi keluar dari dewan bedah... mmg tak dibenarkan bangun... hanya boleh terbaring sahaja...
Kol 12.30 tghari adalah time melawat... barulah aku nampak hubby aku bersama ngan familynya.. dan tak lama lepas tu.. barulah seorang nurse membawa baby kami tu untuk tatapan kami semua...
Itu ajela pengalaman aku masa bersalinkan anak aku yang sulung... NURINA AFIQAH.. dengan berat dia masa lahir adalah 3.24 kg..
Nurina Afiqah.. Puteri Sulung ketika berusia 6 bulan...
Pengalaman bersalin memang sakit, tapi ia juga memori yang paling indah, kan? ;)) selalu teringatkan saat bersalinkan bidadari kecil dulu2... :) ala manisss... ;)
ReplyDeletehttp://bidadarikecilsayang.blogspot.com
http://ainyusuf.wordpress.com/