Sunday, 8 July 2012

Selamat Hari Lahir Abg...

Salam semua…

Disebabkan takde masa sgt nak update blog hinggakan dah seminggu bufday hubby ni dah lepas.. baru hari ni aku nak citer.. itupun aku cuba curi masa jap time esya tgh tido ni.. huhuhu…

30.6.2012 hari tu adalah hari lahir hubby yang ke 33 tahun… Selamat Hari Lahir Abang… semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki dan sentiasa ceria2 selalu.. hahaha… ucapan yg dah biasa sgt aku ucapkan… serius wey.. aku mmg tak tahu nak bg ucapan yg camna lagi selain dari ucapan tu..

Nak tahu tak… 2 minggu sebelum hari lahir hubby ni.. aku dok fikir camna aku nak celebrate hari lahir hubby utk tahun ni… Last2 sekali aku plan nak buat BBQ kat ulu Bendul. Plan asal... aku nak ajaklah orang lain jugak kan... alaa bukan orang jauh pun.. jiran2 aku jugak utk sama2 celebrate hari lahir dia... itupun 2 family je yg aku ajak.. yg rapat2 ngan ktorg je dan aku tak sangka gakla diorg ni setuju...  

Tapi sayangnya.. plan aku tu tak menjadi…. Sbb lagi 3 hari sebelum tarikh tu masing2 ada hal la plak… masing2 ada tetamu yg nak dtg ke rumah termasuk jugakla aku ni dimana pada hari tersebut adik iparku ngan suaminya nak dtg.. ni adalah kunjungan first time dia setelah bergelar isteri.. so last2 sekali aku cancel je la plan tu… takpela.. insyaallah kalau dipanjangkan umur… tahun depan boleh plan balik… hehehe…

So pada hari lahir hubby tu… takdela aku celebrate sgt2.. aku masak seperti biasa jugak. Walaupun tak jadi plan aku tu.. kek tetap aku tempah jugak… Kek ni aku tempah dari adik opismate aku… Kek italian rainbow…

Inilah rupa kek tu… mmg aku nak decorasi simple2 je… yg penting harus ada bentuk LOVE gitu menandakan aku saaaayang kat dia… celebrate tak jadi tak apa.. tp aku tetap gak nak bagi kek kat hubby sama cam tahun2 yg lepas… hehehe…

Dan inilah rupa kek tu bila sudah dipotong… bercolor2 lagi.. sbb itu agaknya dinamakan kek rainbow kot... hehehe...

Sbnrnya ada satu lagi yang aku tempah iaitu pavlova.. tp aku lupa nak ambik gambarnya… dua2 sedap… lagi2 pavlova tu.. anak aku mmg suka sgt2.. sekejap je dah licin... nampak gayanya aku kena belajar cara2 nak buat pavlova ni... hmmmm.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS