Sunday, 15 July 2012

Mkn2 @ Tmn Bukit Saga

Salam Semua...

haaa... kali ni aku nak tepek gambar anak aku bersama ngan pengasuhnya iaitu jiran sebelah umah aku... hehehe...

Muda lagi kan... jgn plak ada yang ingat pengasuh anak aku ni pangkat makcik2 iye.. orangnya muda lagi tau.. baru 29 tahun ok.. lagi 2 org budak kecik tu... itulah anak2 dia...

Gambar ni aku ambik pada hari sabtu minggu lepas kat majlis mkn2 sempena nak menyambut bulan ramadhan yang akan tiba tak lama lagi... majlis ni jiran kami yg buat... so aku pun dijemput sama.. jemputan itupun aku terima melalui pengasuh anak aku ni juga... kami laki bini kan keje... so sapa2 nak menjemput kami mmg selalunya akan meninggalkan pesanan mereka kepada jiran sebelah kami ni... itulah untungnya hidup berjiran kan.. hehehe...

ini plak semasa kami baru je sampai kat majlis tu.. kami tak terus mkn.. tp kami ni dok sembang2... tgk2 apa yg patut dulu... 

lagi plak majlis ni juga adalah majlis kesyukuran... masa kami sampai tu... golongan lelaki tgh menjamu selera.. so tunggu je la dulu...

bila kaum lelaki dah makin berkurangan... barulah kaum perempuan plak menjamu selera... kenalah gilir2... khemah pun 1 je... 

Gambar mknan takde.. seganla aku nak snap... kang apa plak kata org nanti... apeke hal la org ni dok ambik gambar je kan?... tp serius... makanan semua sedap2... tima kasihla kepada tuan empunya majlis kerana menjemput aku... hahaha.. aku mmg suka mkn... lagi2 kalau ada ikan keli berlada... itu mmg febret aku tu... dan hari tu juga aku makan dengan senang hati sekali sbb esya boleh relaks je tido... tak kacau time ibunya nak makan... hehehe... nurina plak.. dia tak nak makan.. dia cuma ambik buah tembikar dan 2 ketul kuih sahaja... lepas tu leka ngan kawan2 dia main kat padang permainan... bagus betul anak2 aku ni kan.. hehehe...

ok itu je la yg nak aku citer... dan gambar last....

<

<

<

<

<


esya yg lena dibuai intan... hehehe...

ok bye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS