Monday 15 October 2012

Aktiviti Weekend Kami

Salam Semua...

Mula2.. aku nak ucapkan tahniahla pada pasukan kesayangan aku THE RED WARRIORS kerana berjaya menempah tiket ke final... mmg puas hati tgk persembahan diorg hari Jumaat mlm tu... walaupun di separuh masa pertama kedua2 pasukan tidak dapat menjaringkan gol... tp aku yakin.. pasukan kesayangan aku ni pasti akan membuat kejutan pada separuh masa kedua nanti... dan mmg terbuktilah pasukan kesayangan aku ni tidak menghampakan peminatnya dengan menghadiahkan 2 gol pada mlm tersebut.. syabas diucapkan sekali lagi...

Oklah keputusan siapa ke final sudah diketahui.. so tunggu je la 20hb ni.. dimana pasukan kesayangan aku ni akan bertemu dengan ATM plak untuk merebut Piala Malaysia 2012... so tak sabar rasanya nak menunggu aksi seterusnya... hehehe...

Oklah lupakan dulu pasal bola seketika... kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti kami semalam... sebenarnya takde apa pun yang special... sama cam hujung2 minggu yang lain iaitu layan karenah anak2 selain kena buat keje2 umah... cuma kalau dulu hari sabtu dan ahad... hubby aku selalu kena keje.. tp sejak dia bekerja di tempat baru... hari ahad adalah hari cuti dia... mmg aku suka sgt2.. sbb apa? sbb bolehla aku ajak dia jalan kemana2 yg aku suka.. hehehe.... laki aku mmg dah tak heran dah.. dia pun mmg dah dpt teka naper aku senyum bila dia ckp yg dia akan cuti setiap hari ahad.... tima kasih iye bang.... hehehe...

Memandangkan Hari Ahad adalah hari cuti hubby... seboleh2nya hari Sabtu tu aku akan cuba bereskan juga keje2 umah. So bila hari Ahad tu.. takdelah byk sgt keje yang perlu aku buat... just kemas sikit2 je.. then tghari aku akan masak.. pastu ktorg anak beranak bolehlah melepak depan tv sama2...

Cam semalam cuaca di Mantin mendung je.. Lepas je makan tghari aku cuba ajak hubby utk kuar bawak anak2 jalan2... memandangkan cuaca mendung so aku cadangkan kami kuar awal sikit.... mujurlah hubby aku setuju...

Takdelah jauh pun langkah kami ni.. sekadar ke Padang Majlis Perbandaran Nilai sahaja... kat situ mmg amat sesuailah untuk aktiviti riadah bersama keluarga.. tpt ni mmg selalu jugaklah kami pergi time hujung2 minggu...



inilah antara pemandangan kat sana.. oklah kan... 

Semalam aku rasa adalah hari yg paling ramai org kat situ.. selalunya takdelah ramai sgt.. mgkin sbb cuaca tak panas.. redup je.. so ramailah yang ambik peluang keluar bawa family masing2.. 

Aku plak kalau datang kat sini.. mmg aku suruh anak aku bawak bola siap2.. sbb kalau tak bwk kang.. mulalah dia ngamuk nak mainan yang lain.. dahla kat situ mmg ramai yg dok jual mcm2 mainan... so pandai2la iye nak elak camna.. hehehe.. cuma semalam aku dah pesan kat hubby aku bawak jugak sekali basikal dia.. ntah camna.. boleh jugak tertinggal basikal tu... takpela janji bola ada.. sekurangnya dia boleh main ngan bola tu.. lagipun kat situ ada jugak disediakan playground..

kakak tgh mkn burger lepas penat main bola ngan abah dia... masa ni dia mmg dah tak keruan dah sbb kat depan kami duduk ni ada motor mainan yang kena byr RM5 utk 10 minit... tp kami pujuk gak habiskan dulu burger tu.. baru leh main..

wajah gembira sbb dapat tunggang motor... 

inilah antara aksi kakak bila dah dapat naik motor tu... layan je la..







masa ni aku tak tahu apa yg dikomplenkan kat abah dia tu...

dah puas mengadu.. dia sambung main lagi... bestnya jadi anak2 zaman sekarang ni kan.. kita dulu2 mana ada camni.. betul tak?

Si Esya plak mmg dok pandang je kakak dia main motor tu... tunggula dia besar sikit... mahunya diorg ni berebut nak main... 



muka happy tgk kakaknya main.. sabar iye esya.. dah boleh jalan nanti... ibu kasi esya main sama2 ngan kakak iye...

Ngam2 10 minit kakak main motor tu.. jam dah tunjuk hampir kol 7 mlam.. so kami pun slow2 la beransur pulang.. walaupun kakak cam tak puas main lagi.. bila dipujuk elok2... mujurlah dia nak dengar kata kami tu... takpela kakak.. lain kali kita datang lagi.. kalau cuaca mendung cam semalam.. lain kali kita kuar lagi awal dari hari ni ek... lebih kurang camtula cara aku pujuk dia semalam... hehehe...

Ok itu je la aktiviti kami hari Ahad lepas... biasa2 je kan... takpela.. janji anak2 gembira.. betul tak?

1 comment:

  1. lya sokong ATM..hehe
    tp psaingan mmg sendit..

    alahai..comelnyer dia btudung..seronok pusing2 naik motor ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS