Friday 12 October 2012

Adik Adam Syukri

Salam Semua...

Aku terdetik untuk berkongsi sedikit kisah Adik Adam Syukri...

ini adalah adik Adam beberapa bulan yang lalu...


dan gambar2 di atas ini plak adalah gambar adik Adam yang terkini..

Semua foto2 tu adalah diambil dari page Adik Adam di: http://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694

Kamu semua jugak boleh lihat Video Adik Adam di MHI 10/10/2012

First time aku tgk video tu.. mmg bergenang air mata ni... mmg amat tabah sekali ibunya.. kalau aku... aku tak tahulah adakah aku setabah dia atau tak... harap2 keluarga adik Adam kuat dan tabah hendaknya.. dan aku harap juga adik Adam cepat2la sembuh.. Amin...

okla.. mungkin masih ada lagi yang tak mengetahui kisah adik Adam ni.. di sini aku copy and paste je la kisahnya iye..

"AHMAD ADAM SYUKRI lahir secara vacum pada 4/32012, sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.

SCAN MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yg amat teruk...Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur utk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured , begitu juga telinga sebelah kanan yg tidap dpt mendengar kerana kerosakan pd bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan Adam akn terlantar SEUMUR HIDUP dan peluang utk berjalan dan hidup spt kanak2 normal memeng amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak"

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul. Sekiranya sesiapa yang ingin menderma bolehlah berikan sumbangan anda ke akaun CIMB @ Maybank mama adik Adam seperti tertera dibawah:

NORAISAH BINTI MOHAMAD MALENA
CIMB ACC: 02040007292201
MAYBANK ACC: 161136331818

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan itu dapat meringankan sikit bebanan keluarga anak kecil ini... jika tidak mampu sekalipun.. berilah sokongan morak kepada mereka.. at least mereka tidaklah merasa sendirian dalam menghadapi dugaan tersebut..

Last sekali.. marilah kita sama2 berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan adik Adam dan semoga ada keajaiban yang berlaku dari Allah S.W.T.... amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@YatieMS